Pelanggan yg dihormati,
YS kini memperkenalkan mixed sushi set (6 variasi) yang baru mulai 18 Julai 2009, termasuk memperkenalkan umei battleship.
Kami juga bercadang memperkenalkan sushi ikan keli tidak lama lagi. Kita semua sedia maklum bahawa ikan keli mengandungi omega 3 yang tinggi. Ramai penduduk Sarawak tidak begitu menggemari ikan keli walaupun khasiatnya diketahui umum. Oleh itu, kami akan memasaknya menggunakan resepi unagi Jepun yang digemari ramai. Dengan usaha ini diharap ikan keli akan menjadi makanan popular di Sarawak.
Kami mengalu-alukan cadangan dari pelanggan semua untuk memperkenalkan sushi lain yang berasaskan produk tempatan. Jika permintaan adalah tinggi, kami akan berusaha melaksanakan idea2 tersebut.
Domo arigato.
YUKIMI's SUSHI - Nikmatilah tanpa was-was.




